✿ ainhanani.com ✿


26 April 2012
Kisah Duka Seekor Kucing Arwah Pakcik Posted at 10:40 PM 0 comments (+)
Photobucket

Hai korang! Harini saya ada cerita tentang seekor kucing yg amat sedih tentang pemergian seorang arwah pakcik.
Kucing ni arwah panggil Tompang(Tompok). Sebenarnya tompok ni bukannya cantik pon.
Bulu tak lebat. Pakcik kutip dekat pasar. Mase tu Tompok kecik lagi. Berkurap, hodoh sangat2x. Pakcik bwak balik rumah. Bela sampai besar sehinga gemok gedebokkkk! Punyelah sayang sangat2x Tompok daripada sayang bini pakcik. 
Walaupon Tompok bukan kucing Siam , Parsi atau berbulu gebu , Pakcik sgt2x sayang dekat Tompok.

Tompok tak pernah mencuri ikan walaupon ade di depan mata. Selagi pakcik x bgi , Tompok x akan ambik tanpa kebenaran. Tompok tak buang air besar , kecik di rata2 tempat. Tompok kenal bunyi motor pakcik. Bunyi motor pakcik dri jauh , terus berlari keluar rumah tunggu pakcik. Tompok halau/hambat ayam 2 daripada masuk ke dlm rumah pakcik. 

Tompok bertolak ansur dengan kucing parsi pakcik bernama Putih yang comel macam Lisa Surihani. Tompok tak pernah berebut makanan dgn Putih. Kalau masing2 meluru ke arah makanan, Tompok akan bagi peluang kepada Putih yang gebu dulu makan. Kemudian bila Putih dah tak nak makan, baru Tompok pergi makan.

Seminggu sebelum pakcik meninggal, Tompok dduk bertenggek je atas motor pakcik. Time tu pakcik di hospital. Seminggu kat atas motor. Tompok bukan merempit, tapi Tompok tunggu pakcik. Macam dia dah tahu2 pakcik nak pergi tinggalkan dia.



Bila pakcik meninggal..

Seminggu tompok langsung xjamah makanan. Tompok hampir mati. Badannya jadi kurus kering..


Bila sebulan dah pakcik pergi, baru Tompok boleh terima.. Tompok mula makan dan jadi gemook balik.. Tapi setiap hari, tompok akan bertenggek kat atas gerai, termenung macam menunggu sesuatu..



100_2646
# Dah 6 bulan pakcik pergi. Tapi macam nilah setiap hari, bila malam baru Tompok masuk dlm rumah.

Tompok mesti tunggu pakcik balik..
Tompak mesti tunggu pakcik manja2 kan dia..
Tompok mesti rindu pakcik yang kutip die di jalanan..

Sebab tu baru saya faham, Kenapa nabi sangat menyayangi kucing.. Kucing sebenarnya sangat suci hatinya.. Kadang2 air mata akak tu menitis tengok keadaan Tompok.. Bila balik kerja je, terus kakak tu ke rumah pakcik main2 dgn Tompok..

100_2652

#Tompok, walaupun abah Tompok dah meninggal, kakak boleh je gantikan abah Tompok..kakak syg kat Tompok mcm abah Tompok sayang kat Tompok..

Kerana itulah saye sgt menyayangi kucing. Kucing itu amat suci di mata Rasullullah S.A.W.
Saya xsuke khianat ke kucing. Apabile sye tgok vdeo ttg kucing dikhianat, mesti sye nangis :(
Kucing adalah binatang kesayangan Rasullullah :) #Hrp2 rmai sukekan kucing :D


Sumber dari : Nurul Badiah

About
Ain Hanani
?? years old
November Girl
MY
FOOD LOVER for sure
RARELY USE THIS BLOG
chatroom
JANGAN MERAPU BENDA YANG PELIK
Credits
Layout by mymostloved with script, background and image.