✿ ainhanani.com ✿


04 December 2013
Kisah Benar Yang Menyayat Hati Posted at 2:20 AM 0 comments (+)
Photobucket

Kisah Benar Yang Menyayat Hati - Renungan Bagi Muslimah Yang Belum Bertudung -

Bacalah kisah berikut untuk renungan anak cucu dan remaja sekelian. 
Semoga semuanya menjadi orang yang beruntung seperti si gadis di dalam kisah ini:

Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya,
Aliya (bukan nama sebenar), seorang gadis yang
baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan
suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya
mencecah 17 tahun perkembangan tingkah
lakunya benar-benar membimbangkan ibu. Dia
sering membawa teman-teman lelakinya pulang
ke rumah. Situasi ini menyebabkan ibu tidak
senang tambahan pula ibu merupakan guru al-
Quran. Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas,
ibu telah meminta adik memakai tudung.
Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga
seringkali berlaku pertengkaran-pertengkaran
kecil antara mereka. Pernah pada suatu masa,
adik berkata dengan suara yang agak keras,

”Cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada
yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya
sama je macam orang yang tak pakai tudung.
Sampai kawan-kawan Aliya kat sekolah, yang
pakai tudung pun selalu keluar dating dengan
boyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Liya
ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat
macam tu!”

Ibu hanya mampu mengeluh mendengar kata-
kata adik. Kadang kala saya terlihat ibu menangis
di akhir malam. Dalam Qiamullailnya.Terdengar
lirik doanya ” Ya Allah, kenalkan Aliya dengan
hukum-Mu”.

Pada satu hari, ada jiran yang baru pindah
berhampiran rumah kami. Sebuah keluarga yang
mempunyai enam orang anak yang masih kecil.
Suaminya bernama Abu Khoiri, (nama
sebenarnya siapa, tak dapat dipastikan). Saya
mengenalinya sewaktu di masjid. Setelah
beberapa lama mereka tinggal berhampiran
rumah kami, timbul desas-desus mengenai isteri
Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah,
hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan
tuli.
Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik.
Dia bertanya kepada saya,

“Abang, betul ke
orang yang baru pindah itu, isterinya buta,bisu
dan tuli?”. Lalu saya menjawab sambil lewa,
“Kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka,
tanya sendiri”.

Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata
saya dan benar-benar pergi ke rumah Abu
Khoiri. Sekembalinya dari rumah mereka, saya
melihat perubahan yang benar-benar mendadak
berlaku pada wajah adik. Wajahnya yang tak
pernah muram atau lesu menjadi pucat lesi.
Entah apa yang dah berlaku? Namun, selang dua
hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung.
Tudung yang labuh. Adik pakai baju labuh.
Lengan panjang pula tu. Saya sendiri jadi
bingung. Bingung bercampur syukur kepada
Allah SWT kerana saya melihat perubahan yang
ajaib. Ya, saya katakan ajaib kerana dia berubah
seratus peratus! Tiada lagi anak-anak muda atau
teman-teman wanitanya yang datang ke rumah
hanya untuk bercakap perkara-perkara yang
tidak tentu arah. Saya lihat, dia banyak
merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya
dia suka beli majalah hiburan), dan saya lihat
ibadahnya pun melebihi saya sendiri.
Tak ketinggalan tahajudnya, bacaan Qur’annya,
solat sunatnya dan yang lebih menakjubkan lagi,
bila kawan-kawan saya datang, dia menundukkan
pandangan. Segala puji bagi Engkau wahai Allah,
jerit hati saya.

Tidak lama kemudian, saya
mendapat panggilan untuk bekerja di
Kalimantan, kerja di satu perusahaan minyak -
CALTEX. Dua bulan setelah saya bekerja di sana,
saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat
hingga ibu memanggil saya pulang ke kampung.
Dalam perjalanan, saya tak henti-henti berdoa
kepada Allah SWT agar adik di beri kesembuhan,
hanya itu yang mampu saya usahakan.
Ketika saya sampai di rumah, di depan pintu
sudah ramai orang. Hati berdebar-debar, tak
dapat ditahan. Saya berlari masuk ke dalam
rumah. Saya lihat ibu menangis. Saya segera
menghampiri ibu lantas memeluknya. Dalam
esak tangisnya ibu memberitahu,

“Dhi, adik
boleh mengucapkan kalimat Syahadah di akhir
hidupnya”. Air mata ini tak dapat ditahan lagi!!
Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-
lainnya, saya masuk ke bilik adik. Saya lihat di
atas mejanya terletak sebuah diari. Diari yang
selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan
waktunya sebelum tidur semasa hayatnya.
Kemudian diari itu saya buka sehelai demi
sehelai. Hingga sampai pada satu halaman yang
menguak misteri dan pertanyaan yang selalu
timbul di hati ini – Perubahan yang terjadi ketika
adik baru pulang dari rumah Abu Khoiri. Di situ
tertera soaljawab antara adik dan isteri jiran
kami itu.
Butirannya seperti ini: Soaljawab (saya lihat di
lembaran itu terdapat banyak bekas airmata)

Aliya: (Aku hairan,wajah wanita ini cerah dan
bersinar seperti bidadari) Mak cik, wajah mak
cik sangat muda dan cantik!

Isteri jiranku : Alhamdulillah. Sesungguhnya
kecantikan itu datang dari lubuk hati.

Aliya : Tapi, mak cik kan dah ada anak enam.
Tapi masih kelihatan cantik.

Isteri jiranku : Subhanallah! Sesungguhnya
keindahan itu milik Allah SWT. Dan bila Allah
SWT berkehendak. Siapakah yang boleh
menolaknya?

Aliya : Mak Cik, selama ini ibu saya selalu
menyuruh saya memakai tudung, tapi saya selalu
menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau
saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan
baik. Saya tengok, banyak wanita yang pakai
tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak
pakai. Sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai
tudung. Pendapat mak cik bagaimana?

Isteri jiranku : Aliya, sesungguhnya Allah SWT
menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan
dari hujung rambut hingga hujung kaki. Segala
sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan
mahram kita semuanya akan dipertanggungja
wabkan di hadapan Allah SWT nanti. Tudung
adalah salah satu perlindungan untuk wanita!

Aliya : Tapi yang saya tengok, banyak wanita
bertudung yang kelakuannya tak elok.

Isteri jiranku : Tudung hanyalah kain, tapi
hakikat atau makna di sebalik tudung itu sendiri
yang harus kita fahami.

Aliya : Apakah hakikat tudung?

Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah
perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu
dari memandang lelaki yang bukan mahram
kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat
orang dan bercakap perkara yang sia-sia.
Sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada
Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar
perkara yang mengundang mudharat baik untuk
dirimu mahupun masyarakat, lindungi hidungmu
dari mencium segala yang berbau busuk,
lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat
sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu
dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran
kamu dari berfikir perkara yang mengundang
syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi
hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT. Bila
kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai
akan menyinari hati kamu. Itulah hakikat tudung.

Aliya : Mak cik, sekarang saya sudah jelas
tentang erti tudung. Mudah-mudahan saya
mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya
nak buat semua tu?

Isteri jiranku : Duhai Aliya, bila kamu memakai
tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang datang
dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat. Bila
kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi
kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan
‘tudung’ hingga mencapai kesempurnaan yang
diinginkan Allah SWT.

Duhai Aliya, ingatlah akan
satu hari di mana seluruh manusia akan
dibangkitkan ketika ditiup sangkakala yang
kedua.

Pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai
yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu
padang yang tiada batas, yang tanahnya dari
logam yang panas, tiada rumput mahupun
tumbuhan. Ketika tujuh matahari didekatkan di
atas kepala kita namun keadaan gelap gelita.
Ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu
tidak mempedulikan anaknya, anak tidak
mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal
satu sama lain lagi, antara satu sama lain boleh
menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih
berharga dari segala sesuatu yang ada di alam
ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang
panjang dan masing masing hanya mempedulikan
nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang
berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa
hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang
banyak, dan bermacam-macam rupa-rupa
bentuk manusia yang tergantung amalannya, ada
yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika
dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti
haiwan,ada yang berbentuk seperti syaitan,
semuanya menangis.
Menangis kerana hari itu Allah SWT murka!
Belum pernah Allah SWT murka sebelum dan
sesudah hari itu. Hingga ribuan tahun manusia
dibiarkan Allah SWT di Padang Mahsyar yang
panas membara hinggalah sampai ke Timbangan
Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab.
Duhai
Aliya, bila kita tidak berusaha untuk beramal
pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan
menjawab bila kita di tanya oleh Yang Maha
Perkasa, Yang Maha Besar , Yang Maha Kuat ,
Yang Maha Agung, Allah SWT.

Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana
di sini tulisannya terhenti dan saya lihat banyak
titisan airmata yang jatuh dari pelupuk matanya.
Subhanallah! Saya selak halaman berikutnya dan
saya lihat tertera tulisan kecil di bawah tulisan
itu

“buta ,tuli dan bisu.. wanita yang tidak
pernah melihat lelaki selain mahramnya, wanita
yang tidak pernah mahu mendengar perkara
yang dapat mengundang murka Allah SWT,
wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala
sesuatu yang mengundang dosa dan sia-sia” Tak
tahan airmata ini pun jatuh. Semoga Allah SWT
menerima adikku di sisiNya.Amin.

Subhanallah! Saya harap cerita ini boleh menjadi iktibar bagi kita semua. Wassalam.

#Kisah ini ana copy dari sebuah page. Penulis sebenar kisah ini tidak diterterakan. Apa2 pun saya berharap kisah ini dapat menjentik hati para muslimah di luar sana yang belum menutup aurat agar segera menutup aurat.

#RENUNGAN BERSAMA




About
Ain Hanani
?? years old
November Girl
MY
FOOD LOVER for sure
RARELY USE THIS BLOG
chatroom
JANGAN MERAPU BENDA YANG PELIK
Credits
Layout by mymostloved with script, background and image.